APAKAH
FROG VLE?
Apakah itu projek 1BestariNet?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.
Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di
Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan
platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan
tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai
Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan
dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya
(Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana
juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan
lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai
intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di
bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah
secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan
menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh
berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun
kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses
di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet
Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi
anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di
United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada
usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk
mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE
juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa,
termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi
teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE,
turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan
organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf
dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi
kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang
penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui
lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan
menonton video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan
anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri
untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila
klik di sini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?
ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung
dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE
serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan
banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian
Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan
pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan
pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para
pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta
berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah
berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh
dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh
melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah
digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet
(video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web,
tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan
sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya
pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod
pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United
Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan
dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah
Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik
pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang
pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang
disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial
video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu
mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog,
guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan
cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh
negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati,
atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai
kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu,
Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran
dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond
adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan
sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan
membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah
ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan,
video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara
Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan,
para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan
menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi
ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses
Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh
mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara
sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting
dan dokumen
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan,
tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula
pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan
mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya?
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik
sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi
mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi?
Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet
tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan
masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan
diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di
sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila
berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog,
kami mempunyaiPortal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log
masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan
teknikal.