BERILMU BERIMAN BERVISI

1 / 5
2 / 5
3 / 5
4 / 5
5 / 5

"Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Taman Klang Utama"

Wednesday, 14 June 2017

PPKI

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN SKTKU ( PPKIBP)
A.           PENGENALAN
Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun  perkembangan intelek (Pendidikan untuk semua ). Pendidikan Khas adalah satu program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar istimewa melalui penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus (Gargiulo,2003).
·         Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian ll menyatakan :
“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain  dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti Program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program Pendidikan Khas kecuali murid-murid yang berikut :
§  Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan
§  Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal  yang berat”.

B.           PUNCA DAN BIDANG KUASA
Dasar  : Perundangan dan Peraturan
i.              1979 – Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan  (Perakuan 169)
ii.             1994 – Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan dan Ikhtisas
iii.            1994 – Piagam Pelanggan KPM (3/1/94)
Pendemokrasian Pendidikan
Pendidikan Berkeperluan Khas
iv.           1995 – Sasaran Kerja Utama KPM Tahun 2000
“menempatkan kanak-kanak dengan keperluan khas di sekolah biasa”
v.            1998 – Peraturan-peraturan (Pendidikan Khas) 1997
Berkuat kuasa pada 01 Januari 1998

vi.           Perakuan 169  Laporan J/K Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979):
“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat. Adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan  itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalinya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan”.

A.           MATLAMAT
Rancangan Pengurusan PPKI adalah untuk melaksanakan perincian kurikulum sekolah rendah dan menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan murid PPKI supaya dapat berfungsi dalam kehidupan harian dengan berkesan dan bertanggungjawab . Ia juga bertujuan untuk menyediakan murid kearah menormalisasikan mereka dan dapat mencapai matlamat Pendidikan Negara.

B.           OBJEKTIF
Objektif  Rancangan Pengurusan PPKI adalah ;
1.    Mengubahsuai dan menyediakan bilik darjah dengan kemudahan asas yang lengkap.
2.  Menyediakan bilik rekreasi , pusat sumber dan stesen dengan mengambil kira keselamatan peralatan.
3.    Merancang dan melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
4.   Melengkap dan mengemaskinikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Pusat Sumber PPKI
5.    Mendapatkan sumber tenaga pengajar yang terlatih dan berminat.
6.  Menjalankan aktiviti luar bilik darjah dengan lebih berkesan agar dapat meningkatkan lagi kemahiran sosial murid.
7. Menajalankan rekreasi dan lawatan sambil belajar untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan memberi pengalaman sebenar kepada murid.
8.    Menjalankan kursus dalaman, seminar dan   bengkel kepada guru dan ibu bapa murid.
C.           PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.         VISI
Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

2.         MISI
Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:-
  • sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
  • perkembangan potensi diri, ketahap optimum
  • keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
  • nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan
  • perkongsian pintar dengan pelbagai pihak


3.         OBJEKTIF
  1. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid berkeperluan khas
  2. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid berkeperluan khas
  3. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas
  4. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

D.           FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan  di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.


E.            FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan di Malayasia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya , beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

F.            MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
Melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai kecemerlangan yang menyeluruh meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, nilai-nilai estetika dan sosial agar menjadi masyarakat yang berguna dan berdikari.

G.           RASIONAL PENDIDIKAN  KHAS
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai keperluan khas tetapi kehendak yang sama dengan kanak-kanak lain. Pendidikan khas mendidik kanak-kanak khas mengikut potensi yang ada ke tahap maksimum di mana Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dilaksanakan dan Pendidikan Inklusif disarankan.


J.         MATLAMAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
· Mengintergrasikan dan memberikan khidmat pendidikan yang secukupnya kepada Kanak-kanak PPKI.     
· Merangkumi matlamat jangka panjang dan jangka pendek berdasarkan tahap kefungsian murid.
·    Objektif jangka panjang dan jangka pendek berdasarkan matlamat RPI.
·       Dapat membuat analisa dan mengesan kebolehan seseorang murid.
·  Dapat mempengaruhi pencapaian berdasarkan kebolehan murid secara individu.

K.        PENDIDIKAN INKLUSIF
Disediakan untuk murid berkeperluan khas yang boleh menguasai akademik dengan baik dan tidak mempunyai masalah pengurusan tingkah laku. Murid yang berpotensi ini dimasukan ke dalam kelas aliran perdana,bersama murid aliran perdana dengan bimbingan guru dari aliran perdana mengikut tahap kebolehan dengan diawasi oleh guru PPKI.



O.    KO-KURIKULUM

1.    Matlamat
Bidang Kokurikulum Pendidikan Khas berhasrat untuk melahirkan murid-murid dari pelbagai kategori yang berada sekolah ini agar dapat membina sikap serta sahsiah yang positif, berdisiplin dan mempunyai sikap bekerjasama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam sebarang aktiviti yang disertai sama ada di peringkat sekolah, negeri atau kebangsaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.    Objektif
2.1   Memberi peluang dan ruang kepada murid Pendidikan Khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan badan beruniform seperti di arus perdana.
2.2    Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid Pendidikan Khas.
2.3    Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kemampuan dan kebolehan murid Pendidikan Khas melalui aktiviti kokurikulum.                 
2.4    Membina keyakinan diri dan ‘self-esteem’ murid Pendidikan Khas melalui penglibatan dalam program motivasi.
2.5    Aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas mengambil bahagian dalam acara sukan, permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan menampilkan bakat sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri serta kebangsaan.

3.    Fokus Kegiatan Kokurikulum
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah lebih menjurus kepada 3 bidang utama seperti berikut :
3.1   Persatuan/Kelab 
   -        Seni Kreatif dan Kebudayaan
3.2   Permainan                                 
 -           Futsal/Badminton/Bola Jaring
3.3   Unit Berunifom                            
-           Pengakap
Badan Berunifom Pengakap mesti didaftar di bawah Persatuan Orang Kuran, Upaya. Persatuan Pencinta Alam dan mana-mana persatuan yang difikirkan sesuai. Digalakkan menjalankan aktiviti bersama murid aliran perdana apabila difikirkan mampu untuk integrasi sosial.

Q.        KEMUDAHAN P & P PPKI
Stesen pengajaran dan pembelajaran
ü  Stesen Bahasa Melayu
ü  Stesen Bahasa Inggeris
ü  Stesen Matematik
ü  Stesen Kemahiran Manipulatif
ü  Stesen Pendidikan Muzik
ü  Stesen Pendidikan Seni
ü  Stesen Kemahiran Hidup / Pengurusan Diri
v  Masakan, Urus Diri, Pengurusan Rumah Tangga
v  Jahitan, Berkebun, Sensori Motor
ü  Stesen Sosial Alam Sekitar
ü  Stesen Pendidikan Islam / Moral
ü  Stesen pengurusan Tingkah Laku
ü  Bilik Manja
ü  Bilik Dokumentasi
ü  Bilik Air / Tandas
ü  Home Based

R.        PENTADBIRAN
1.         Di bawah pentadbiran Guru Besar yang sama.
2.         Merupakan satu program yang diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras Program
3..        Bilangan Guru -           1.5 guru  x  Bilangan Kelas
4.         Bilangan murid – 1 guru : 6.5 murid tetapi keadaan sebenar bergantung kepada jenis / kumpulan murid / fizikal kelas.
5..        Bilangan kelas – Jumlah murid   ÷  6.5 murid

S.         PENDAFTARAN
1.         Umur 3 – 6  pendaftaran dan 7 – 19 tahun proses pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.
2.         Prosedur kemasukan :
            2.1       Lengkapkan borang pengesahan doktor
            2.2       Kembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah
            2.3       Proses penilaian
            2.4       Temuduga
            2.5       Layak – beri penempatan percubaan selama 3 bulan
            2.6       Tidak layak – temuduga semula / cadangan penempatan Jabatan Kebajikan Masyarakat




T.         PERKHIDMATAN
1.         Kaunseling ibu bapa/ guru / murid
2.         Pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat
            -           Kad Pengenalan Khas
            -           Bantuan Kewangan
            -           Bantuan Alat Pendengaran / Penglihatan / Kerusi Roda
3.         Perlindungan Insuran
4.         Rujukan untuk rawatan, pemulihan dalam komuniti (PDK) dan sebagainya
5.         Pendidikan Inklusif
6.         Tercapainya suatu kemahiran apabila murid boleh (3M) mengenal, mengecam dan menggunakan.
7.         Kelainan dalam latihan merangkumi latihan yang bersesuaian dengan setiap murid adalah lebih baik daripada latihan yang umum “standard” yang diharapkan daripada semua murid. 

L. KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan kearah kehidupan bermakna. Kurikulum yang dibina memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP. Penggubalan kurikulum PKBP adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996,Peraturan-peraturan Pendidikan(Pendidikan Khas) 1997 Bahagian 11 3(2).
“…….guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran,masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas…”

M.        BIDANG PEMBELAJARAN
1              Bidang Pengurusan Kehidupan
2              Bidang Akademik Berfungsi
3             Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
4              Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti

1.1                  BIDANG PENGURUSAN KEHIDUPAN
1.1.1              Komponen Pengurusan Diri
1.1.2              Komponen Kemahiran Manipulatif
1.1.3              Komponen Pengurusan Tingkahlaku
1.1.4              Komponen Kemahiran Hidup

1.2                  BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI
1.2.1              Komponen Bahasa Melayu
1.2.2              Komponen Bahasa Inggeris
1.2.3              Komponen Matematik

1.3                  BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI-NILAI MURNI
1.3.1              Komponen Pendidikan Agama Islam
1.3.2              Komponen Pendidikan Moral

1.4                  BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI
1.4.1              Komponen Pendidikan Jasmani
1.4.2              Komponen Pendidikan Seni
1.4.3              Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
1.4.4              Komponen Pendidikan Sosial dan Alam Sekitar

1.5                  AKTIVITI LUAR/KEMAHIRAN AMALAN BERDIKARI
1.5.1          Lawatan Sambil belajar
1.5.2          Motivasi Pendidikan                
1.5.3        Sukan / permainan peringkat sekolah, daerah dan negeri
1.5.4          Perkhemahan Pendidikan Khas
1.5.5      Melibatkan diri dalam pertandingan keselamatan jalan raya, pertandingan nasyid, tilawah dan kebudayaan
1.5.6       1.5.6          Melibatkan diri dalam Minggu Pendidikan Khas


N.        KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (KSSRPK)

1.    PERUNTUKAN WAKTU KSSRPK TAHAP 1 (MASALAH PEMBELAJARAN)
MATA PELAJARAN
KOMPONEN
MASA/
SEMINGGU
(MINIT)

PENGURUSAN KEHIDUPAN

PENGURUSAN DIRI
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
KEMAHIRAN MANIPULATIF

450

MATA PELAJARAN ASAS 3M

BAHASA MALAYSIA
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK

360

PENDIDIKAN SENI KREATIF

PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN MUZIK

240

PENDIDIKAN ISLAM /MORAL


180

PENDIDIKAN JASMANI


120

PERHIMPUNAN


30


JUMLAH

1380
1.          Sesi Pengajaran dan Pembelajaran adalah seperti berikut :

Hari
Masa
Isnin - Selasa
7.30 pagi – 12.30 petang
Rabu- Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
Jumaat
7.30 pagi – 12.00 tengahari


2.         Waktu rehat awal 20 minit di kantin sekolah. Bertembung selama 10 minit dengan rehat   murid aliran perdana untuk integrasi sosial.

 
Elegant Rose - Working In Background